Ayah aku tetiba jatuh pengsan. Sumpah cuak gila waktu tu. Abang dengan adik aku pi panggil jiran-jiran untuk mintak bantuan tolong hantarkan ayah aku ke hospital. So tinggal aku dengan adik aku kat rumah. Pukul 3 pagi, mak aku datang ambik aku dengan adik aku. Masa sampai kat hospital, jiran dengan saudara mara dah ramai. So, ayah kena tahan wad. Kami ingatkan ayah kena serangan angin ahmar. Tapi keesokkan hari....
Ayah aku dipindahkan ke hospital sultanah bahiyah. Buat mri macam scan la. So nampak ketumbuhan atas otak. Allahurabi, besaqnya ujian Allah bagi. Hari kedua ayah aku kena tahan kat situ, aku tak pi melawat sebab semangat aku memang down. Ayah sendiri beb sapa tak sedih. Tambahan pulak, time aku tengah spm. Allah uji sebab kami sekeluarga mampu menghadapi. Senyum.
Doktor bagi cadangan untuk operate sebab ketumbuhan tu masih kecil. Ayah aku dah habaq kata dia memang nak operate. Mak aku macam payah nak tunaikan permintaan tu sebab bad effects yang doktor cakapkan. So, bila mak aku tanya pendapat doktor yang lain depa suruh operate jugak. Tapi mak aku mintak tangguhkan dulu sebab nak dahulukan aku habis spm and abang habis final dia.
20/12/2015 [10 am]
Ayah aku masuk wad bedah. Sudah tiba harinya. Aku lah paling kuat menangis. Abang aku pulak dok hujung balkoni yaa of course la dia menangis gak. Saudara mara yang lain datang tenangkan aku. Aish, saya kena kuat insyaAllah semuanya akan okay. Pukul 7 baru habis operate lepastu ayah aku dimasukkan ke wad hdw bersebelahan dengan icu.
Hari kedua ayah aku dalam wad tu. Mak aku pergi melawat. Ayah aku masih tak sedarkan diri. Lepas mak aku baca yasin tepi katil ayah aku, mak aku cakap "cepat sembuh nanti boleh buat umrah tengok kaabah doa kat sana" dan alhamdulillah ayah aku terus celik mata dan.... menangis.
Lepas operate ayah aku takleh gerakkan anggota bahagian kanan dan takleh bercakap. Ayah aku nampak terseksa. Tapi doktor cakap ni semua hanya untuk sementara. Lepas 3-4 hari, ayah aku dah boleh gerakkan kaki kanan. Selepas seminggu, ayah aku dah boleh cakap tapi tak lancar. Suara tu ada tapi nak sebuat perkataan agak payah. Tangan kanan dah boleh gerak cuma jarinya belum.
30/12/2015 [0335 pm]
Alhamdulillah. Ayah aku telah berjuang sehabis mungkin. Welcome home, ayah. Izatie kat sini pulak demam campak. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang lagi untuk merasai kasih sayang seorang ayah. Semoga kami sekeluarga sentiasa dilindungi Allah.