Titie
.......


tagboard and visit




| < Newer Post
no more school life
Tuesday, 1 December 2015 | 00:00 | 0 comments





5 Sapphire 2015

Ingat Sapphire lekeh macam dulu ka? Tidak pada tahun ini.

Masa awal tahun, aku rasa nak reyau masuk kelas 5 Sapphire. Mana taknya, aku tak pernah kawan dengan depa. Nampak depa macam ganaih, buaih, nakai. Boleh ka aku satu kepala dengan depa. Tahun terakhir kat sekolah memang teringin classmates yang best. Seriously, they are the best! Dan aku akan merindui depa semua.

BM, subjek yang kasi kami ngantuk. Cikgu memang banyak bersabaq dengan kami. Bila cikgu bagi karangan memang malas nak buat. BM memang selalu banyak kerja. Karangan yang paling meluat nak buat. Sebab itu jugak aku tak suka subjek BM. Tapi cikgu-cikgu yang ajaq BM semuanya sporting. Subjek BM memang boleh score A. Macam mana pun kena tunjukkan minat belajaq BM sebab wajib lulus.

BI, subjek kedua yang kasi kami ngantuk. Masa nak dekat SPM, tecer bagi banyak essay. Aku dengan classmates berputus asa nak salin semua essay. Berbaloikah salin semua essay tu. Bila tecer tanya siap ka belum, kami menjawab sikit ja lagi. Nakainya jawapan padahal masing-masing dah stop salin essay. Tecer baik sangat dengan kami, nak buat kerja pun baloq.

Sejarah, subjek ni best apatah lagi cikgu yang mengajaq lagi best. Kerja sejarah tak pernah ada. Bila cikgu tanya tentang perkembangan dunia then kami taktau kami nak jawab apa, cikgu akan cakap hampa ni paleolitik. Dah banyak kali kena. Banyak gelak masa belajaq sejarah so tak mengantuk. Setiap kumpulan cikgu akan gelaran pelik-pelik. Akan rindu nak belajaq sejarah.

Agama, subjek ni paling penting untuk kami yang nakai ni. Rasa excited setiap kali belajaq agama. Bila masuk bab kawin semua bagi tumpuan. Amboi. Masa agama semua berani bersuara. Bila lagi kan nak tanya soalan agama apatah lagi diri ni baloq nak dengaq ceramah ustazah cakap. Masa buat latihan boleh tahan pemalas classmates aku but boleh gak A hehe.

Math, subjek best. Cikgu math tahun ni masuk ayaq dengan kami. Perangai cikgu mudah buat kami ketawa and boleh buat kawan. Cikgu cakap main lepas dengan kami. Bila cikgu bagi latihan pastu kalau tak siapkan, cikgu akan cubit. Aku pernah sekali kena cubit lepastu tak buat dah. Menakutkan part kena cubit. Habis jatuh reputasi aku depan classmates. Sekali ja ok.

Edmet. HAHAHA. Sebelum belajaq edmet kena sembur buku dengan ayaq yassin or ayaq zamzam. Subjek paling syaitonirojim yang mudah failed. Suka bila buat dapat jawapan, bila tak dapat jawapan apa lagi letak kepala atas buku edmet sambil mengenang dosa-dosa lalu. Tapi sepanjang belajaq edmet jarang rasa stress, banyak gelak ja. Tak dapat jawapan lagi banyak gelak. Belajaq edmet sebenarnya best. 

Kimia, subjek yang kasi kami cuak. Sebelum masuk makmal kimia, macam-macam bala mai. Rasa nak terberak, kencing semua ada. Bila dah duduk rasa berdebar taktau nak habaq. Taktau senjata apa yang cikgu nak bawak keluaq. Sebenarnya, kami beruntung dapat cikgu kimia tu. Cikgu yang paling caring, bertanggungjawab. Beliau sayang sungguh kat Sapphire, pelbagai kata semangat yang cikgu bagi. Tapi aku takleh lupa cikgu pernah cakap "sorang macam taik, semua macam taik". Cikgu tak pernah putus asa mengajaq kami.

Fizik, subjek yang jarang kami ambik serius. Mana taknya, kami dapat cikgu yang paling jahat, cikgu yang cakap ok. Sebenarnya cikgu yang paling sporting. Sapa tak kenai cikgu ni. Kerja gelak bila mai subjek beliau. Cikgu tak bagi tekanan kat kami. Kami belajaq secara santai dengan cikgu. Dalam kelas, cikgu banyak bercerita dari belajaq. Nak dekat SPM, baru reti kami nak serius dalam fizik.

Biologi, subjek ni best. Tapi bila belajaq rasa otak dah full memory padahal baru sikit belajaq. Cikgu pun best. Belajaq bio, kalau cikgu tanya soalan, aku banyak gak menjawab. Betoi ka dak jawapan aku tibai ja. Subjek ni payah nak score. Bila belajaq rasa senang. Tang buat soalan rasa eh aku pernah ka belajaq benda ni. So, bukan senang nak jadi doktor. 

Jujurnya, tahun terakhir kat sekolah baru rasa syok jadi budak sekolah. Lagi syok dapat classmates yang best. Serius aku cakap, selama 11 tahun jadi budak sekolah, kelas 5 Sapphire yang paling best. Semua masuk ayaq. Nak buat baik dan jahat dengan bergaya semuanya bersama-sama. Lepas ni, masing-masing bawak haluan. Aku harap kenangan yang kita cipta, hampa takkan lupa. 

2/11/2015 - 30/11/2015
Akhirnya, perjuangan sebagai pelajar sekolah sudah berakhir.