Titie
.......


tagboard and visit




Older Post >
lulus
Thursday, 25 February 2016 | 02:00 | 0 comments



Khamis minggu ni (25/2/16) aku ada jpj test. Khamis minggu depan (3/3/16) result SPM pulak. Cuak weh serius. 2 minggu hidup aku tak tenang. Hahaha. Malam jpj test takleh nak lena. Takut tak pass. Seriau turun bukit, naik tembok, terbawak laju. Tapi pagi tu aku rasa tenang ja. Dalam hati berdoa la moga-moga Allah permudahkan. Otw nak pi pondok peh angin sepoi-sepoi bahasa. Sampai pondok tudia ramainya orang hahaha dari jauh tak nampak rupa manusia pun. Naik segan aku tetiba lol. 

Pastu jpj pun dah sampai. Depa gelak-gelak. Aku pun berpendapat mood depa elok harini dan berharap sehingga turn aku. Tunggu punya tunggu nak dekat 1030 pagi turn aku dah sampai. Aku sesi yang kedua, pi jalan raya dulu. Nakharem jpj perempuan hahaha aku pikiaq cerewet ja. Masuk keta bagi salam kat jpj sambil dalam hati aku berdoa moga jpj sejuk hati dengaq salam aku hahaha. Dah buat rsm aku mintak izin, "nak bergerak ke laluan mana?". Dia jawab, "jalan dulu". Dalam otak aku mungkin laluan 2 sebab laluan tu femes. Sampai kat roundbout aku tanya lagi, "nak ke laluan mana?". Jpj jawab, "laluan kedua ok?" ekeke aku jawab "ok sangat" sebab takyah lalu roundbout 2 kali hahaha. Lalu depan sekolah memang kena kuat bersabaq sebab kena bawak slow, kalau tak alert dengan kelajuan mampos ah terus fail. Habis jalan raya yes aku lulus. Sebelum aku keluaq dari keta, jpj tanya, "kamu biasa bawak keta?" Takkan aku nak menipu kata tak biasa kan. Sebenarnya tu soalan perangkap, kantoi la bawak keta takdak lesen hahaha. 

Lepastu aku ke bahagian litar. Buat rpk, simple ja, aku perkenal nama. Lepas aku bukak bonet depan and belakang terus cikgu suruh buat bonet depan. Aku tengok jpj, jpj buat derk, dia tengok borang. Aku tengok cikgu, cikgu suruh buat ja. Mudah la kerja aku hehe. Then, cikgu suruh pi pondok rsm, masa rsm pun jpj tak tengok aku. Dia bagi tumpuan kat budak sebelah aku. Sekali buat, 2 orang terus. Tapi mengapa aku diketepikan huhu. Oh ya, masa tunggu nak buat rsm, jpj suruh duduk dulu. Then, tetiba ada sorang lagi jpj mai dekat aku. Dia cakap dekat aku, "abang ni masih single" sambil dia tunjuk kat jpj yang ditugaskan rsm yang suruh aku duduk tu. Hahaha aku gelak ja. Dia cakap lagi, "kalau spm tak lepas boleh la kawin dengan jpj yang masih single ni". Aku gelak lagi. Kami sama-sama gelak. Ya, aku mendapat layanan istimewa dari jpj hehe. Siap boleh sembang dan gelak. 

Finally. Alhamdulillah aku lulus jpj test. Pukul 1230 selesai. Pastu aku nak balik tetiba nampak ji dengan kawan dia dekat kantin. Aku dengan ji kuat jodoh sungguh. Ceramah lesen, ujian komputer, jpj, kami dua dapat tarikh yang sama. Besday pun tarikh sama. Hahaha. Aku terus dok dengan depa sebab parents aku lambat lagi nak ambik aku. Sembang gelak sembang gelak tetiba kawan ji mintak no telefon aku. Errr aku rasa tak selesa. Tapi ji menyelamatkan keadaan dengan mengubah topik. Waaa terharu hehe. Lama jugak la kami bersembang. Serupa kami celebrate sebab sama-sama lulus. Lega aku balik awai dulu dari depa. Maka, gudbye la kepada kawan ji yang tak dapat no aku.

Bagaimana pulak khamis minggu depan? Huhuhu.